Tuesday 27 December 2011

Saya 17 tahun,boleh berdikari . Yeah!

Assalamualaikum and Hello readers !
Nak cerita sikitlah pengalaman bekerja ni . Masa 1st day masuk kerja, kat pekan, kena interview dengan En. Fairouz . Macam-2 soalan dia tanya . Ya Allah , sumpah masa tu jantung rasa nak gugur . Dah lama sembang-2 dengan dia, lahhh baru tahu dia tu baik orangnya xD
Muka je garang . Lepas tu Saya & Diedyy kena transfer ke Suria , Staff Suria ambil kita orang ulang alik dari Pekan ke Suria . PStaff tu nama dia Mira . Staff kat Suria ramai yang sebaya dengan saya . Nama deme , awok tak ingat . Tak hafal pun . Ehe . Busy sangatlah katakannn .

Mula-2 kerja tu, rasa malu nak ambil order, tapi sekarang wooo syiok kot ambil order -__-
Tulah tulisan jadi kreatif . Kitorang kerja full time, 9 jam . Tadi masuk jam 10 habis jam 7 . Kaki rasa nak tercabut . Dapat pula customer yang mulutnya macam longkang, kerenahnya macam bisul bernanah . Haiisssh! Apa boleh buat orang kata Customer is always right lahhh katakan .
Tapi customer pun jaga lah adab . KEna fahamlah situasi kat situ . Bukan komeeee je yang makan, orang lain yang datang pun nak makan juga . Pfffft!

Tadi abang Ayoi datang kat Suria, rasa macam nak ikut dia balik ke pekan je . HAHAHAHA .
Kawan-2 yang mana tahu dimana tempat saya bekerja....Datanglah untuk hiburkan hati saya yang luka dan duka . Tau tau tauuuu . Baru seronok :D
Okaylah Nak rest . I love youuuuuuuu kawan-2 :*

Salam . Bye .

Saturday 24 December 2011

pheww , finally !

ASSALAMUALAIKUMM !





finally , officially SEVENTEEN bebehh !
wohoo !


alhamdulillah , everything went very well . 
cuaca pun elok . walaupun hujan tapi nasib baik renyai renyai . ramai yang datang .
and yeah , saya secara rasminya telah pun bertudung .
dan harapannya ialah semoga kekal memakainya hingga ke akhir hayat . amin =)
ni ada gambar sikit . sikit je la eh . tak boleh banyak banyak .



nah , tgk . bukti lia ariff seorang yang kejam . = ='

okayy , tu je nak cerita . bye . love * -*

Thursday 15 December 2011

Khemah Ibadah UTP (KIUTP) 2011

Salam, Hello .
Saya baru je balik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) . Adik saya Syasya ada Khemah Ibadah kat sana selama 5 hari 4 malam . Hari Ahad pergi hantar dia, hari Khamis ambil dia . Hari ini, hari perasmian penutup bagi Khemah Ibadah tersebut . So, ada lah sedikit ceramah untuk para peserta & juga untuk tetamu yang hadir . Ceramah ni mengenai kebesaran Allah S.W.T . Insaf bila dengar ceramah tu, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang . Cuma kita sebagai hambaNya , tak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah beri . Haaa, lepastu ada ceramah pasal IbuBapa . Mula-2 saya tahan le nak menangis, tengok mak dah menangis..Ramai lah orang menangis . TIba satu part tu, Tak boleh tahan, air mata mula membanjiri diriku ini . Memang terasa sangat-2 masa ceramah tu . Tak pernah tengok ayah menangis, saya saja toleh kat ayah . Mata dia pun berair, tapi dia cuba nak cover . Apalagi, saya menangis lebih dasyat daripada biasa . Errr. Malu sebenarnya tapi nak buat cemana . Hikkhikk .








Ehe . Itu kakak fasili . Sekarang kita rehat naaa .
Eden ponat ni (: